Pages

Wednesday, December 7, 2011

Testimoni Pengguna - Sakit Kulit Kerana Saka

Kulit menggelupas kerana saka?

Pelbagai jenis penyakit kulit, dari seringan-ringannya hinnggalah kepada yang boleh membawa maut. Kayap ular dikatakan boleh membawa maut. Wallahu'alam. 




Minggu lepas saya menerima panggilan telefon daripada ibu kepada anak murid saya. Dia menceritakan perihal jirannya yang mengadu kulit menggelembung dan menggelupas hampir seluruh tubuh.

Mereka sudah berubat di beberapa tempat termasuk melalui pengamal perubatan tradisional. Ada yang mengatakan akibat saka.

Inilah kali pertama saya mendengar kes saka yang begitu. 

Saya memberitahunya bahawa minyak morhabshi biasanya mujarab untuk hampir semua penyakit kulit temasuk akibat alahan. 

Mengenai saka pula memang ada kes minyak ini boleh membantu. Namun saya tidaklah jamin seratus peratus. Alangkan panadol pun kadangkala menyembuhkan dan adakalanya tidak berkesan.

Petang itu saya dan isteri singgah di rumah beliau untuk memberikan minyak morhabshi.

Pagi semalam (Sabtu) saya menemui kakak tersebut di sekolah. Kebetulan sekolah mengadakan program motivasi. Saya menyerahkan beberapa botol lagi minyak yang baru dipesan.

Dalam pada itu sempat jugak kakak itu memberitahu saya bahawa pengidap sakit kulit yang dikatakan akibat saka tersebut sudah beransur sembuh. Bengkak-bengkak pada tubuhnya sudah semakin mengecut. 

Alhamdulillah.

Pesakit tersebut ingin membeli lagi kerana dia menggunakan minyak morhabshi dengan cara melumurkan ke seluruh tubuh. Habis sebotol sekali guna.

Kakak tersebut telah meminta untuk mengambil gambar pesakit sebelum dan sesudah penggunaan minyak morhabshi. Insya-Allah jika beliau beri nanti saya akan siarkan di blog ini.

0 comments:

Post a Comment