Pages

Wednesday, December 7, 2011

Khasiat Minyak Morhabshi

Minyak Morhabshi dikategorikan sebagai unik dan serbaguna. Kegunaannya meliputi fizikal dan mistik, serta penyakit luaran dan dalaman. Malah, terdapat beberapa kes yang dimaklumkan pada kami bahawa Minyak Morhabshi telah membantu meningkatkan hubungan suami isteri (digunakan oleh pihak suami secara urutan pada alat kelamin).

Antara keunikan Minyak Morhabshi ialah ia menyelesaikan kes kerasukan dan gangguan makhluk halus seperti histeria, bayi menangis tidak semena-mena, sawan, sihir, buatan orang, santau, dan sebagainya. 

Antara lain:-
  • histeria 
  • dirasuk syaitan 
  • sihir (buatan orang) 
  • santau 
  • bayi 'diganggu' 
  • bayi 'kembung' 
  • sawan tangis 
  • pusat bayi (agar mudah tanggal) 
  • batuk 
  • lelah/asma 
  • sakit gigi 
  • senak 
  • cirit birit 
  • kanser (luar) 
  • kayap 
  • kurap 
  • gatal-gatal (termasuk celah jari kaki & pangkal paha) 
  • jerawat batu (termasuk bisul kecil pada muka, kepala, tubuh) luka/pendarahan (luar dan dalam)
  • kudis
  • bisul
  • melecur terkena api atau air/minyak panas 
  • gigitan serangga & binatang bisa stroke, kebas kaki tangan, lenguh

Testimoni Pengguna - Lumpuh, santau dan mati pucuk angkara makhluk halus

Baru-baru ini saya menerima panggilan daripada Kak Saadiah (Perak). Setelah mengucapkan terima kasih kerana penghantaran minyak Morhabshi, beliau memberitahu ingin menceritakan satu pengalaman.


Kebetulan saya berada di rumah maka saya gunakan 'loud speaker' agar isteri saya boleh mendengar sama kesah menarik yang ingin diceritakannya.

Ibu beliau sudah 3 tahun diserang lumpuh dan tidak mampu berjalan. Maka disapunya minyak Morhabshi pada tempat berkenaan, terutama bahagian kaki.

Sebaik disapu, ibu beliau memberitahu bahawa dia berasa seram sejuk seperti ada sesuatu yang aneh pada dirinya. Seolah-olah ada benda lain turut berada di situ.

Malah Kak Saadiah dapat melihat bulu roma ibunya berdiri!

Namun Kak Saadiah menenangkan ibunya dan tekad untuk terus menyapu minyak ini sambil membaca ayat-ayat AlQuran.

Setelah disapu beberapa kali, alhamdulillah, ibunya boleh berdiri dan berjalan semula.

Cerita tersebut agak mengejutkan saya. Selama ini saya menyangka penyakit lumpuh tiada kaitan dengan makhluk halus.

Kebetulan pada hari berikutnya saya menerima pula panggilan dari saudara Irfan (stokis Sabah). Beliau menceritakan satu kes lain yang melibatkan pelanggannya.

Pelanggan yang juga rakannya itu membeli minyak Morhabshi tanpa memberitahu tujuan. Namun setelah beberapa hari, teman itu memberitahu bahawa dia sebenarnya mengalami masalah mati pucuk.

Setelah menggunakan minyak ini, dia mengalami peristiwa aneh yang sukar diceritakan. Dengan kata lain, ia berkaitan alam mistik.

Alhamdulillah, masalah teman tersebut juga telah selesai dengan izin Allah SWT.

Sementara itu saya juga menerima panggilan mengenai santau yang berjaya dirawat menggunakan minyak Morhabshi. Saya tidak pasti samada pemanggilnya juga Kak Saadiah tadi ataupn pelanggan lain.

Ia mengenai adik beliau yang pernah terkena santau. Oleh kerana saya tidak begitu mengingati kesah yang diceritakan itu secara detail, maka satakat itu sahajalah yang boleh saya catatkan.

Testimoni Pengguna - Sakit Kulit Kerana Saka

Kulit menggelupas kerana saka?

Pelbagai jenis penyakit kulit, dari seringan-ringannya hinnggalah kepada yang boleh membawa maut. Kayap ular dikatakan boleh membawa maut. Wallahu'alam. 




Minggu lepas saya menerima panggilan telefon daripada ibu kepada anak murid saya. Dia menceritakan perihal jirannya yang mengadu kulit menggelembung dan menggelupas hampir seluruh tubuh.

Mereka sudah berubat di beberapa tempat termasuk melalui pengamal perubatan tradisional. Ada yang mengatakan akibat saka.

Inilah kali pertama saya mendengar kes saka yang begitu. 

Saya memberitahunya bahawa minyak morhabshi biasanya mujarab untuk hampir semua penyakit kulit temasuk akibat alahan. 

Mengenai saka pula memang ada kes minyak ini boleh membantu. Namun saya tidaklah jamin seratus peratus. Alangkan panadol pun kadangkala menyembuhkan dan adakalanya tidak berkesan.

Petang itu saya dan isteri singgah di rumah beliau untuk memberikan minyak morhabshi.

Pagi semalam (Sabtu) saya menemui kakak tersebut di sekolah. Kebetulan sekolah mengadakan program motivasi. Saya menyerahkan beberapa botol lagi minyak yang baru dipesan.

Dalam pada itu sempat jugak kakak itu memberitahu saya bahawa pengidap sakit kulit yang dikatakan akibat saka tersebut sudah beransur sembuh. Bengkak-bengkak pada tubuhnya sudah semakin mengecut. 

Alhamdulillah.

Pesakit tersebut ingin membeli lagi kerana dia menggunakan minyak morhabshi dengan cara melumurkan ke seluruh tubuh. Habis sebotol sekali guna.

Kakak tersebut telah meminta untuk mengambil gambar pesakit sebelum dan sesudah penggunaan minyak morhabshi. Insya-Allah jika beliau beri nanti saya akan siarkan di blog ini.

Morhabshi dalam Perubatan Tradisional

Dipercayai resin Morhabshi memasuki Tanah Melayu dan dalam kehidupan orang Melayu melalui pergaulan dan persemendaan dengan masyarakat Arab yang ketika itu menguasai istana dan golongan bangsawan.

Berdasarkan pengamatan dan ilmu yang dimiliki nenek moyang kita, Morhabshi dicampurkan bersama minyak-minyak tertentu seperti minyak kelapa, zaiton, lenga (bijan), serai serta herba-herba seperti keduduk putih, bayam batu, lemuni, raja kayu, hempedu bumi, cekur dan sebagainya dapat menyembuhkan pelbagai penyakit kulit seperti kayap, barah, kudis, gatal-gatal serta sakit gigi, cirit-birit dan sebagainya. Campuran ini juga didapati berkesan menghentikan pendarahan luar (luka dan sebagainya).

Bagi yang kurang yakin dengan kehebatan nenek moyang kita, sila semak kembali perjalanan sejarah negara, terutama Empayar Melaka yang pernah menjadi pusat perdagangan, pusat penyebaran Islam, dan pusat perkembangan ilmu pengetahuan terhebat di zamannya.
Justeru adalah mustahil bangsa yang begitu hebat ketika itu tidak mempunyai teknologi perubatan mereka sendiri.

Di situlah bermulanya rahsia Minyak Morhabshi.